MAJLIS PERASMIAN SEWING WORLD BERTEMAKAN “ANJURAN PERSATUAN SENI JAHITAN KREATIF”
USJ, DISEMBER 14, 2016 – Setelah hampir 10 tahun berjuang dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui bidang kemahiran dan keusahawanan jahitan, Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) telah berjaya menubuhkan Sewing World hasil sinergi beberapa agensi antaranya Pusat Latihan Kraftangan Epal, Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM), Mostwell Sdn Bhd dan Yayasan Inovatif Mostwell (YIM).
Sewing World yang dibangunkan atas prinsip kasih sayang ini mempunyai objektif yang murni iaitu berjuang untuk kepentingan dan manfaat masyarakat, negara dan industri. Di Sewing World, masyarakat bukan sahaja boleh mempelajari kemahiran seni jahitan kreatif malah turut berpeluang menjadi usahawan melalui Program Peningkatan Sosio-ekonomi Melalui PSJK Handmade Market.
Turut hadir merasmikan majlis pada hari ini ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil’ Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, selaku Penaung PSJK. Dalam titah perasmiannya, Tengku Puan Pahang menyatakan hasratnya untuk melihat penubuhan Sewing World ini dapat memberikan impak positif dalam membangunkan ekonomi masyarakat dalam pelbagai bidang.
“Saya mengharapkan Sewing World ini dapat memberikan kesan positif dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pelancongan dan kraftangan yang dapat membantu masyarakat memperkasakan kehidupan mereka”, katanya.
Menurut pengerusi PSJK, Madam Fully Chye Goet Lee, Sewing World merupakan destinasi untuk masyarakat mendapatkan idea, kemahiran dan mengubah persepsi terhadap dunia jahitan.
Baca lagi: http://wp.news365.my/?p=2150435