PENERANGAN ACARA
GEORGE TOWN – Empat kali dalam setahun Pusat Latihan Kraftangan Epal dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) membuka gerai pameran di pasar raya terpilih di negeri ini, untuk menerima serta memasarkan produk kraftangan handmade market yang dihasilkan dari rumah.
Justeru, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berharap kesempatan itu direbut oleh surirumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) untuk menghasilkan produk kretif demi menjana pendapatan masing-masing.
“Wanita, khususnya surirumah, ibu tunggal serta OKU sendiri seharusnya berdikari menjana pendapatan sendiri.
“Wanita perlu lebih kreatif, bukan sahaja dalam menghasilkan produk kraftangan, tetapi ia termasuk cara memasarkan produk mereka, dengan tidak seharusnya bergantung kepada cara konventional sahaja,” jelas Chong Eng yang juga ADUN Padang Lalang di depan kira-kira 150 peserta pada Majlis Pelancaran Handmade Market Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.
Untuk maklumat lanjut sila klik url di bawah ini. (Petikan dari blog Fagar-Terima kasih kerana berkongsi)
For more information, kindly click on the link below.(Sharing from blog Fagar)
GAMBAR ACARA