Cerita kami

It is a long established fact that a reade.

104807
Jumlah ahli Epal
51
Pelatih Epal
8441
Ahli yang aktif
17
Pusat Latihan Epal

“Misi:
Menyokong dan mendorong manusia untuk membina keluarga yang lebih bahagia dan sejahtera melalui kreativiti di dalam mengekspresikan kasih sayang
Vision:
Setiap rumah tangga mempunyai pelanggan Epal yang puas dan bahagia

Fully Chye, Pengasas

Siapakah Kami

Pada tahun 1987, Mostwell ditubuhkan sebagai pemilik tunggal dengan modal serta tenaga pekerja yang terhad. Mostwell memulakan perniagaan yang cenderung kepada jualan langsung untuk barangan peralatan elektrik dan mesin jahit. Dengan kadar perkembangan perniagaan yang memuaskan, Mostwell bertukar kepada Mostwell Sdn Bhd pada tahun 1989.

Di bawah kepimpinan yang cekap, Mostwell Sdn Bhd mencatatkan kemajuan dan keuntungan yang memberangsangkan. Untuk mempelbagaikan perniagaan yang sedia ada dan sekaligus memaksimakan lagi pendapatan, pihak pengurusan memutuskan untuk menubuhkan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal (Pusat EPAL).

Pada 2004, Mostwell telah dilantik sebagai agen tunggal Janome Sewing Machine Co. Ltd. di Malaysia. Satu pengiktirafan yang besar daripada sebuah syarikat pengeluaran mesin jahit terbesar di dunia. Janome juga merupakan syarikat nombor satu di dunia yang mencipta mesin jahit berkomputer.

Dalam usaha menyokong dan mendorong manusia untuk membina keluarga yang lebih bahagia dan sejahtera melalui kreativiti seni jahitan kreatif, Pusat Epal pada hari ini mempunyai 16 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Demi memperluas perkembangan perniagaan, Pusat Epal turut membuka 2 cawangan di Indonesia yang melibatkan bandar Jakarta-Utara dan Jakarta-Selatan.

Apa yang kami sediakan

Mostwell adalah perniagaan yang unik dengan menepati kehendak sosial untuk rakyatnya; kami memastikan setiap pelanggan yang mengambil bahagian dalam kursus jahitan kami berpuas hati dengan kerja-kerja menjahit dan kami menggalakkan mereka untuk membangunkan semangat mereka melalui kerja-kerja menjahit dan memberikan produk jahit mereka kepada keluarga kesayangan mereka

Beberapa tahun ini, Mostwell giat mempromosikan kebaikan dan kepuasan menceburi bidang seni jahitan kreatif kepada masyarakat umum. Banyak kempen dan aktiviti jahitan telah dijalankan di merata pusat membeli-belah Kuala Lumpur dan bandar-bandar negeri yang lain. Kini, Mostwell sedang giat berusaha memasuki kawasan pendalaman demi membuka minda masyarakat tentang kebaikan seni jahitan kreatif.

Mostwell melangkah setapak lagi dengan mewujudkan Akademi Mostwell. Akademi ini bertujuan untuk menyediakan peluang pembelajaran secara profesional kepada orang ramai dan telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Akademi Mostwell merupakan akademi pertama di Malaysia yang menawarkan silibus pembelajaran sepenuh masa yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Creative Sewing Maker (Tahap 1) dan Creative Sewing Senior Maker (Tahap 2). Tempoh kursus adalah selama 6 bulan.

Selain itu, Mostwell bekerjasama dengan KDSM (Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad) dengan menawarkan peluang keusahawanan kepada ahli program Home-Based Business yang berhajat untuk menjana pendapatan melalui bidang jahitan. Di bawah skim ini, ahli-ahli khususnya golongan surirumah berpeluang menjalankan perniagaan di rumah untuk meningkatkan pendapatan di samping menguruskan keluarga tersayang.